'RM1 trilion seperti bayar RM1juta tiap hari selama 2,740 tahun'

'RM1 trilion seperti bayar RM1juta tiap hari selama 2,740 tahun' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'RM1 trilion seperti bayar RM1juta tiap hari selama 2,740 tahun', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Video Politik, Video Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'RM1 trilion seperti bayar RM1juta tiap hari selama 2,740 tahun'
Link Artikel/Video : 'RM1 trilion seperti bayar RM1juta tiap hari selama 2,740 tahun'

Baca juga


'RM1 trilion seperti bayar RM1juta tiap hari selama 2,740 tahun'


WAWANCARA|  Tabung Harapan semata-mata tidak dapat mengurangkan hutang negara, yang menjadi usaha berjangka panjang, maklum Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sebaliknya, Putrajaya berhasrat menjadikan Tabung Harapan sebagai amalan dalam menggalakkan semangat cinta tanah air dan sukarela.

"Tidak kira sama ada RM1 juta atau RM1, RM10 juta atau RM10; kita semua menyumbang untuk memenuhi kewajipan kita sebagai warganegara Malaysia.

"Orang ramai melakukan perkara ini tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Mereka menunjukkan perasaan cintanya kepada negara.

"Inilah yang kita sebut semangat berkongsi kebahagiaan dan nasib kurang baik bersama-sama, saya percaya semangat patriotik sedemikian dapat membantu kita untuk menjadi lebih bersatu," kata Lim kepada Malaysiakini dalam wawancara.




Lim berkata hutang kerajaan persekutuan cukup besar, dianggarkan bernilai RM1 trilion itu terlalu banyak berbanding kutipan derma Tabung Harapan dalam masa terdekat ini.

"Adakah kamu tahu betapa banyaknya RM1 trilion? Bagi setiap bayi baru lahir, dia perlu membayar RM33,333.

"Sekalipun kamu membayar RM1 juta setiap hari, kamu masih memerlukan 2,740 tahun untuk membayar, jumlahnya begitu besar, adakah kamu fikir kamu boleh menyelesaikannya? Itu bukan matlamat utama (Tabung Harapan)," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi negatif yang timbul daripada keputusan pentadbiran Pakatan Harapan untuk melambatkan pelaksanaan lima janji dalam manifesto "100 hari" gabungan itu, Lim berkata pada akhirnya janji-janji itu akan dipenuhi juga.

"Sekiranya kami melaksanakannya sekarang, negara mungkin bangkrap," katanya.

"Kami tahu ia mempengaruhi (bagaimana HARAPAN dilihat). Harap maklum keputusan kami itu kerana kami tidak mempunyai apa-apa pilihan kerana kami tidak boleh menyembunyikan akaun."

Sumber MK