Badan putus dua, kereta rempuh besi penghadang jalan

Badan putus dua, kereta rempuh besi penghadang jalan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Badan putus dua, kereta rempuh besi penghadang jalan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Badan putus dua, kereta rempuh besi penghadang jalan
Link Artikel/Video : Badan putus dua, kereta rempuh besi penghadang jalan

Baca juga


Badan putus dua, kereta rempuh besi penghadang jalan

KOTA BHARU: Seorang penumpang sebuah kereta maut dalam keadaan tragis dengan badannya terputus dua apabila kereta yang beliau naiki merempuh penghadang jalan di Jalan Salor – Pasir Mas awal pagi tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 6.05 pagi tadi, dua lagi masing-masing pemandu dan penumpang bahagian belakang mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner ACP Ismail Mat Sidek mangsa yang maut dikenali sebagai Edi Azman Hassan, 45 tahun.

Dalam kemalangan tersebut kereta yang dipandu rakan mangsa, dikatakan terbabas sebelum merempuh penghadang jalan sehingga menembusi bahagian tengah kereta jenis Toyota Vios itu.

“Mangsa berada di tempat duduk sebelah pemandu dan rempuhan itu menyebabkan besi penghadang jalan menembusi kereta dan mengenai mangsa sehingga mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia serta merta” katanya ketika dihubungi.

Kereta yang dipandu oleh Faharul Razi Razlan, 45 tahun, dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menuju ke Kota Bharu.

Manakala seorang lagi mangsa yang berada di tempat duduk belakang, Asram Abdul  Hamid, 45 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut di hantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab 11, di sini untuk bedah siasat.

Sumber AA