Henti Langgan: Ini Tindakan Mengejutkan Utusan Malaysia!

Henti Langgan: Ini Tindakan Mengejutkan Utusan Malaysia! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Henti Langgan: Ini Tindakan Mengejutkan Utusan Malaysia!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Henti Langgan: Ini Tindakan Mengejutkan Utusan Malaysia!
Link Artikel/Video : Henti Langgan: Ini Tindakan Mengejutkan Utusan Malaysia!

Baca juga


Henti Langgan: Ini Tindakan Mengejutkan Utusan Malaysia!

Pengurusan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia ingin berjumpa dengan pihak Kementerian Pendidikan bagi mengetahui sebab di sebalik arahan pembatalan langganan akhbar berkenaan.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata, ketika ini syarikat itu masih belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi berhubung perkara tersebut.

“Kita belum menerima apa-apa arahan langsung daripada Kementerian Pendidikan. Cuma menurut pihak pemasaran, Kementerian Pendidikan di Putrajaya (yang hentikan langganan).

"Macam untuk program-program sekolah ia melalui penajaan.

“Kita akan jumpa kementerian untuk dapat kesahihan apa asas mereka buat arahan itu. Itu memo dalaman antara mereka dan mereka pun tidak ada maklum kepada kita.

“Tak ada surat rasmi, jadi kita pun tak tahu sama ada memo itu adalah (keputusan) muktamad,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini mengenai arahan Kementerian Pendidikan terhadap sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya agar berhenti melanggan Utusan Malaysia.

Selain itu, Abd Aziz turut memberitahu sekiranya pembatalan langganan itu berlaku ia akan memberi kesan terhadap jualan akhbar berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pertemuan bersama Kementerian Pendidikan dapat dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Kita akan jumpa kementerian untuk dapatkan pengesahan betul-betul kenapa keputusan itu dibuat, sama ada masalah kos ke, masalah Utusan ke.

“Saya akan berjumpa untuk dapatkan penjelasan.

“Ia semestinya memberi kesan (terhadap penjualan akhbar). Bila ada arahan tak beli, sudah semestinya ia memberi kesan.

“Sebab itu kita nak jumpa kementerian nak fahamkan betul-betul keputusan yang dibuat ini,” ujar bekas anggota parlimen Kulim-Bandar Bahru itu lagi.

Sebuah memo bertarikh 18 Julai dikeluarkan melalui Wan Saiful Wan Jan yang merupakan penasihat khas kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan ia ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.

Seorang pegawai kementerian berkenaan ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan memo tersebut.

Pegawai berkenaan juga memberitahu kementeria itu sedang meneliti untuk membatalkan langganan akhbar lain sebagai langkah penjimatan kos.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pula berkata beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan arahan tersebut.

Maszlee berkata beliau perlu memeriksa berkaitan memo tersebut.

Bagi bekas ketua pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainudin Maidin pula menyambut baik langkah itu kerana mendakwa akhbar harian berkenaan bukan mewakili suara rakyat sebaliknya lidah rasmi Umno yang bersifat perkauman.

Sumber MK