Tun Mahathir Pengerusi Khazanah. Ini Respons Wan Azizah!

Tun Mahathir Pengerusi Khazanah. Ini Respons Wan Azizah! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tun Mahathir Pengerusi Khazanah. Ini Respons Wan Azizah!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tun Mahathir Pengerusi Khazanah. Ini Respons Wan Azizah!
Link Artikel/Video : Tun Mahathir Pengerusi Khazanah. Ini Respons Wan Azizah!

Baca juga


Tun Mahathir Pengerusi Khazanah. Ini Respons Wan Azizah!

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpendapat keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui Khazanah Nasional Bhd. sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu adalah bertujuan memperbaiki tahap ekonomi negara.

"Saya kira Perdana Menteri membuat keputusan untuk mengurus (Khazanah) supaya tahap ekonomi negara ini boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Wan Azizah diminta mengulas mengenai pelantikan Mahathir yang berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Sukhdave Singh dan bekas Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, pelantikan Mahathir dan Mohamed Azmin tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu mengurangkan kuasa Perdana Menteri dan tidak akan ada lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan. - Bernama

Sumber Kosmo