Ustaz hilang dua anak sekelip mata

Ustaz hilang dua anak sekelip mata - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ustaz hilang dua anak sekelip mata, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ustaz hilang dua anak sekelip mata
Link Artikel/Video : Ustaz hilang dua anak sekelip mata

Baca juga


Ustaz hilang dua anak sekelip mata

KUANTAN – Dua beradik tercampak keluar dari kereta Proton Saga dipandu bapa mereka sebelum disahkan maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Beserah, di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Nur Nailah Al Farafisha Mohd. Helmiardi, 2 tahun 11 bulan dan adiknya, Nur Afrina Safiya, 11 bulan, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian berlaku gara-gara bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd. Helmiardi Nosaha, 29, gagal mengawal kenderaan yang dipandu laju ketika melalui jalan berlopak dan basah akibat hujan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan Proton Saga yang turut dinaiki isterinya, Nor Yumni Yahya, 24, terbabas sebelum me­rempuh tiang lampu.

“Dua beradik itu tercampak keluar daripada kenderaan dan dilaporkan mengalami pendarahan dalaman di kepala dan dada.

“Mohd. Helmiardi yang memandu kereta itu pula cedera pada bahagian dada manakala Nor Yumni patah kedua-dua belah kaki,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber Kosmo