Dok rugi kelik Kelate

Dok rugi kelik Kelate - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dok rugi kelik Kelate, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dok rugi kelik Kelate
Link Artikel/Video : Dok rugi kelik Kelate

Baca juga


Dok rugi kelik Kelate


KIRA-kira 2,000 anak perantauan diraikan dalam Majlis Keraian Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, malam tadi.

Majlis secara tahunan bermula 9 malam itu turut diadakan bagi menghargai anak perantauan yang menyumbang kemenangan besar PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bulan lalu untuk terus mentadbir negeri ini.

Selain jamuan hari raya, persembahan dikir barat, cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah turut menjadi tarikan pengunjung menghadiri majlis terbabit.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, majlis Aidilfitri diadakan setiap tahun itu untuk meraikan anak Kelantan yang tinggal di perantauan dari seluruh negara yang pulang beraya di kampung halaman di negeri ini.

"Kita memang biasa menganjurkan majlis Aidilfitri ini untuk anak Kelantan pulang beraya.

"Cuma saya mahu pesan mengenai keselamatan mereka memandu sama ada ketika pulang ke kampung atau kembali ke perantauan memandangkan kemalangan cukup kerap di lebuh raya tertentu seperti Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

"Diharap mereka sentiasa mengikut arahan keselamatan jalan raya kerana jika kehilangan satu nyawa, ia memberi kesan yang besar buat keluarga," katanya.

Pada majlis itu, barisan exco kerajaan negeri turut diperkenalkan termasuk bidang tugas masing-masing.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad; dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdullah Ya'kub.

Sumber HM