Tiga hari hilang, rupanya...

Tiga hari hilang, rupanya... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tiga hari hilang, rupanya..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tiga hari hilang, rupanya...
Link Artikel/Video : Tiga hari hilang, rupanya...

Baca juga


Tiga hari hilang, rupanya...


LELAKI warga emas yang hilang sejak tiga hari lalu ditemui selamat walaupun cedera selepas terjatuh ke dalam gaung di Bukit Lawa Mondau, Manggatal, malam tadi.

Mangsa Apeh Gongot, 73, berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis berhubung kejadian itu pada 7.23 malam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, tujuh anggota bersama dua kenderaan utiliti dikejar ke lokasi kejadian.

“Menurut maklumat, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk menangkap ikan di sungai sejak Khamis lalu, namun tidak pulang sehingga semalam.

“Keluarga mangsa dengan bantuan penduduk kampung cuba mencari mangsa sebelum menemuinya dalam keadaan selamat di gaung, namun cedera di kaki dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khatizah berkata, laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa sebelum operasi menyelamat dilakukan selepas dimaklumkan kepada pasukan bomba.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota menjalankan operasi mengambil mangsa di tempat kejadian (gaung) sejauh tiga kilometer dan membawanya ke tempat selamat dengan kaedah ‘piggyback carry’.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans sebelum dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sumber HM