Mahathir terkejut sebaik jejak kaki ke Putrajaya, jumpa sejumlah beg plastik berisi dokumen...

Mahathir terkejut sebaik jejak kaki ke Putrajaya, jumpa sejumlah beg plastik berisi dokumen... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mahathir terkejut sebaik jejak kaki ke Putrajaya, jumpa sejumlah beg plastik berisi dokumen..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mahathir terkejut sebaik jejak kaki ke Putrajaya, jumpa sejumlah beg plastik berisi dokumen...
Link Artikel/Video : Mahathir terkejut sebaik jejak kaki ke Putrajaya, jumpa sejumlah beg plastik berisi dokumen...

Baca juga


Mahathir terkejut sebaik jejak kaki ke Putrajaya, jumpa sejumlah beg plastik berisi dokumen...


KUALA LUMPUR: Sejumlah beg plastik berisi dokumen yang dimusnahkan menggunakan mesin dan cebisan kertas ditemui bertaburan di beberapa pejabat kerajaan di Putrajaya sejurus kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bulan lalu.

Pendedahan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temu bual dengan akhbar New York Times (NYT), yang disiarkan, semalam.

Laporan itu menyebut Dr Mahathir dan pegawainya dikejutkan dengan penemuan berkenaan ketika mereka memasuki pejabat kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU-14.

"Kami juga menemui makanan yang seperti baru disentuh dan terpaksa ditinggalkan dalam keadaan terburu-buru.

"Di pejabat Kementerian Kewangan yang terletak berhampiran, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menemui komputer yang hanya boleh diakses oleh individu tertentu saja.

"Dalam beberapa kes, akses kepada beberapa fail penting di kementerian itu hanya dihadkan kepada seorang sahaja (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan)," katanya.

Dr Mahathir turut memberitahu NYT, kerajaan baharu mendapati negara berada dalam keadaan kewangan yang amat buruk berbanding apa yang dikhuatiri beliau dan sekutu sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan berjaya mengumpulkan akaun dan angka daripada pelbagai jabatan dalam tempoh dua minggu dan mendapati kedudukan hutang negara sudah mencecah lebih RM1 trilion.

"Itu adalah 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Kerajaan sebelum ini mencari jalan untuk mengambil wang daripada mana-mana organisasi.

"Ini termasuk 'kecurian' daripada pelbagai dana negara selain 1Malaysia Development Bhd (1MDB), projek dibiayai kerajaan seperti program pembangunan luar bandar dan lombong arang batu di Mongolia.

"Semuanya 'diperkosa' oleh kerajaan terdahulu," kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri juga dipetik sebagai berkata usaha membersihkan politik dipalit rasuah adalah sesuatu yang menyukarkan, malah terpaksa meminta ramai orang untuk meletak jawatan.

Dr Mahathir turut memaklumkan, kerajaan sudah mengumpul bukti yang mencukupi untuk mendakwa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. - Agensi

Sumber BH