SPRM digesa siasat PPBM

SPRM digesa siasat PPBM - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk SPRM digesa siasat PPBM, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : SPRM digesa siasat PPBM
Link Artikel/Video : SPRM digesa siasat PPBM

Baca juga


SPRM digesa siasat PPBM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap individu terbabit dalam kes penjualan tapak bazar Ramadan di Masjid India, baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii mendakwa seorang Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan hubungan politik untuk mengaut ratusan ribu ringgit menerusi penjualan tapak bazar Ramadan.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula didapati menawarkan tapak bazar pada harga nominal yang rendah iaitu RM80 bagi setiap petak.

"Ini salah guna kuasa yang dilakukan oleh PPBM bagi menekan dan mempengaruhi penjawat awam DBKL untuk mendapat kepentingan.

"Mereka tidak melalui proses yang telus, setahu saya ia mempunyai kriteria dan peraturan bagi mendapatkan tapak terbabit.

"Kami tidak mengerti bagaimana perkara ini boleh terlepas daripada proses dan kawalan ketat DBKL," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Razlan juga meminta SPRM menyiasat seorang Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana didapati menyalahgunakan kedudukan beliau dengan menekan penjawat awam bagi mendapatkan kelulusan.

"Sebagai parti politik kerajaan, kedua-dua individu ini menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepentingan, sekali gus mengaut untung atas angin dan tidak mematuhi peraturan.

"Saya mendesak SPRM bertindak secara telus untuk menjaga kepentingan penjawat awam dan melindungi mereka daripada tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang sering kali datang ke DBKL atas urusan kepentingan peribadi," katanya.

Sebelum ini, timbul kontroversi mengenai surat sokongan yang dikeluarkan seorang pemimpin Pemuda PPBM bagi mendapatkan kelulusan DBKL untuk menganjurkan bazar.

Surat maklum balas DBKL kepada pemimpin berkenaan yang kemudian menjadi viral di media sosial, menunjukkan 80 lot diluluskan untuk perniagaan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.

Dakwaan timbul menyatakan beliau mengaut sehingga RM5,000 dalam bentuk sewa bagi setiap lot melalui orang tengah.

Sumber BH