Jika Zahid tolak tetap ganti pembangkang lain

Jika Zahid tolak tetap ganti pembangkang lain - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Jika Zahid tolak tetap ganti pembangkang lain, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Jika Zahid tolak tetap ganti pembangkang lain
Link Artikel/Video : Jika Zahid tolak tetap ganti pembangkang lain

Baca juga


Jika Zahid tolak tetap ganti pembangkang lain

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat akan membentangkan usul untuk melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Selasa ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengesahkan perkara itu dan turut menambah usul  bagi  mencadangkan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh selaku sebagai timbalan kepada Zahid.

Memetik laporan Malaysiakini, Kor Ming berkata, pentadbiran PH telah memutuskan untuk mencontohi amalan Parlimen Australia dan Britain yang melantik pemimpin pembangkang mengetuai PAC.

"Usul ini akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Undang-undang Liew Vui Keong. Ini adalah langkah pertama ke arah pembaharuan Parlimen.

"Kami telah mengotakan janji kami," katanya.

Bagaimanapun, sekiranya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menolak jawatan tersebut, Kor Ming berkata PH tetap akan memperuntukkan jawatan itu kepada ahli Parlimen daripada pembangkang.

Pentadbiran terdahulu melantik penyokong kerajaan untuk mengetuai PAC, yang sering mengundang kritikan apabila jawatankuasa itu dilihat tidak dapat berfungsi dengan berkesan bagi melakukan semakan terhadap kuasa eksekutif.

Kor Ming juga  berharap jika Zahid dilantik beliau antara lain akan menyiasat skandal utama termasuk 1MDB dan kerugian Khazanah Nasional akibat pelaburannya dalam sebuah syarikat pakaian dalam.

"Hanya jika tiada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu, maka kita mungkin perlu melantik seseorang daripada penyokong kerajaan," katanya.

PAC merupakan jawatankuasa yang diberikan kuasa untuk menyiasat kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.

Sumber SH