Tajuk : Mawi 'Black Komando' lari 30km untuk BN
Link Artikel/Video : Mawi 'Black Komando' lari 30km untuk BN
Mawi 'Black Komando' lari 30km untuk BN
Pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, seorang bekas koperal polis melakukan larian sejauh 30 kilometer untuk menyatakan sokongan terhadap BN.
Mohd Ismawi Ismail, yang juga dikenali sebagai "Mawi Black Komando", memulakan larian dari Petaling Jaya pada awal petang ini dan merancang tiba di Bilik Gerakan BN di Sungai Kandis pada jam 9 malam.
Dalam siaran Facebook secara langsung, Ismawi memperkenalkan dirinya sebagai ahli Pemuda Umno Petaling Jaya.
Katanya, beliau berlari untuk menyedarkan rakyat mengenai sumbangan BN kepada negara dan janji yang telah ditunaikan gabungan parti itu sebelum ini seperti penghapusan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
"Tol Batu 3 dihapuskan. Daripada (saya) kecil sehingga sekarang umur hampir 40 tahun, dimansuhkan oleh (Datuk Seri) Najib (Razak). Terima kasih," katanya ketika berhenti seketika di lebuh raya berkenaan.
Ismawi seterusnya akan melepasi pondok tol Sungai Rasau untuk mengingatkan semula bagaimana BN telah mengotakan janji untuk memansuh tol berkenaan.
Najib sebelum ini mengumumkan pemansuhan kedua-dua tol itu ketika membentangkan Bajet 2018.
BN tak tahu
Ketika dihubungi Malaysiakini mengenai larian secara solo itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau tidak menyedari mengenai acara itu.
Bagaimanapun beliau kemudian memberitahu Malaysiakini bahawa acara itu dianjurkan oleh bahagian Pemuda Umno di Petaling Jaya.
Pada PRK Sungai Kandis yang akan diadakan esok, calon BN Datuk Lokman Noor Adam BN akan menentang calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan seorang calon bebas K Murthy.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser pada 2 Julai lalu.
Pada pilihan raya umum 9 Mei, Suhaimi memenangi kerusi majoriti Melayu itu dengan memperoleh majoriti 12,480 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Sumber MK