Kutip RM32.5 juta dalam 18 hari, ini respons Mamat Khalid!

Kutip RM32.5 juta dalam 18 hari, ini respons Mamat Khalid! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kutip RM32.5 juta dalam 18 hari, ini respons Mamat Khalid!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kutip RM32.5 juta dalam 18 hari, ini respons Mamat Khalid!
Link Artikel/Video : Kutip RM32.5 juta dalam 18 hari, ini respons Mamat Khalid!

Baca juga


Kutip RM32.5 juta dalam 18 hari, ini respons Mamat Khalid!

DALAM tempoh 18 hari, filem Hantu Kak Limah (HKL) telah mencatat kutipan sebanyak RM32.5 juta.  Sekali gus ini mencatat sejarah luar biasa dalam sejarah industri perfileman negara kita. 

Bagi pengarahnya Mamat Khalid, dia sudah menjangkakan filem ini akan mendapat sambutan namun beliau tidak menjangkakan filem ini mampu mengaut kutipan sehingga ke angka RM32.5 juta. 

“Faktor penarik HKL adalah pelbagai golongan boleh terhibur menonton filem ini daripada orang dewasa, kanak-kanak hinggalah warga tua.

“Selain itu, faktor pemasaran filem ini juga wajar diberi pujian kerana berjaya mencipta hype sehingga ramai yang teruja untuk menonton HKL di pawagam.

“Filem kita sejak dahulu lagi sudah berjaya membuka mata peminat filem di peringkat antarabangsa.

“Dengan kejayaan box office HKL ini mungkin penonton tempatan yang akan lebih terdorong untuk menyokong filem Malaysia,” katanya lagi yang memberitahu bahawa sambungan Hantu Kak Limah kini dalam perancangan tetapi bukan dalam masa terdekat.   

Mamat turut menjawap persoalan kritikan terhadap filem ini iaitu adegan merokok.

“Censorship yang terlalu ketat adakalanya bagus tetapi harus mengikut konteks juga. Adegan merokok tidak akan membuatkan seseorang khususnya kanak-kanak terikut-ikut untuk merokok, itu hanyalah sifat perwatakan yang bukan ditonjolkan sebagai watak utama yang patut dicontohi,” jelas Mamat. 

Ditanya pula adakah sebarang pemberian bonus di atas kejayaan luar biasa ini, jawapnya;

“Abang pun masih menunggu berita kalau ada bonus ni. Kalau dapat Alhamdulillah,” ujarnya jujur. 

Akhir sekali, pengarah hebat ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat kerana menyokong karyanya. 

“Dan kami daripada team produksi amat menghargai kesungguhan anda  menyokong filem tempatan. 

“Kerana pada saya meletopnya filem ini adalah atas sokongan peminat filem saya yang tidak putus-putus mengajak beramai-ramai bersama-sama menonton filem HKL,” katanya.

Sumber SH