(5 Gambar) Babi kejar kanak-kanak dan sondol jemaah masjid sehingga cedera!

(5 Gambar) Babi kejar kanak-kanak dan sondol jemaah masjid sehingga cedera! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk (5 Gambar) Babi kejar kanak-kanak dan sondol jemaah masjid sehingga cedera!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : (5 Gambar) Babi kejar kanak-kanak dan sondol jemaah masjid sehingga cedera!
Link Artikel/Video : (5 Gambar) Babi kejar kanak-kanak dan sondol jemaah masjid sehingga cedera!

Baca juga


(5 Gambar) Babi kejar kanak-kanak dan sondol jemaah masjid sehingga cedera!


Seekor babi hutan tiba-tiba muncul di perkarangan masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga menyebabkan kecederaan, lapor Berita Harian

Dalam kejadian malam tadi di Masjid Sungai Plong, Sungai Buloh, beberapa kanak-kanak yang berada di kawasan masjid turut dikejar haiwan tersebut sebelum masuk ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah yang sedang menunggu waktu solat Isyak sehingga cedera.

Menurut saksi, mereka terkejut dengan kehadiran haiwan itu dan cuba menghalaunya keluar dari masjid. 

"Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke perkarangan masjid. Namun haiwan itu  yang dipercayai cedera di kepalanya mengamuk dan menyondol seorang jemaah. 

"Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah," katanya. 

Foto ihsan pembaca
Foto ihsan pembaca

Foto ihsan pembaca

Foto ihsan pembaca

Jemaah masjid telah memaklumkan perkara itu kepada pihak polis dan turut menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan. 

Difahamkan, pihak Jabatan Mufti Selangor akan hadir hari ini untuk membuat penilaian berkaitan masalah tersebut. 

Selepas kejadian itu, jemaah masjid menunaikan solat seperti biasa di ruang sembahyang yang tidak terjejas.

Kredit TheReporter