'Memang saya tahu dari awal lagi' - Suami

'Memang saya tahu dari awal lagi' - Suami - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Memang saya tahu dari awal lagi' - Suami, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Memang saya tahu dari awal lagi' - Suami
Link Artikel/Video : 'Memang saya tahu dari awal lagi' - Suami

Baca juga


'Memang saya tahu dari awal lagi' - Suami


Kuala Lumpur: “Di saat dia (isteri) menderita akibat penyakit ini, saya perlu setia dan menjadi tulang belakangnya. Saya mahu dia terus bersemangat dan cekal menghadapi ujian hidup.

“Mungkin ini semua daripada Allah SWT untuk menguji keimanan hamba-Nya, selepas dia berikan saya hidayah memeluk Islam,” kata Mohd Taufiq Abdullah, 42, suami kepada pesakit Para Tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32.


Ketabahan dan kesetiaan Mohd Taufiq menjaga Liyana sejak dua tahun lalu membuatkan ramai netizen kagum terhadap pengorbanan yang dilakukan selepas penderitaan isterinya itu disiarkan Harian Metro, kelmarin.

Mohd Taufiq berkata, sebelum mengambil keputusan melamar Nurliyana, isterinya itu sudah memaklumkan kepadanya mengenai masalah kesihatan dialami.

“Usia perkahwinan kami sekarang sembilan tahun. Kami berkenalan pada 2008 ketika bekerja di sebuah kilang sama di Nilai, Negeri Sembilan dan berkahwin pada 1 Januari 2011.

“Sebelum berkahwin Nurliyana beritahu saya dia ada masalah buah pinggang dan mula menjalani rawatan dialisis di Hospital Serdang sejak 2009 lagi. Tapi saya tetap terima Nurliyana dan sedia menjaganya,” katanya.
Dia yang berketurunan suku Kadazan, Sabah berkata, keputusan untuk bergelar lelaki Muslim dibuat selepas tertarik dengan keindahan ajaran agama Islam.

Katanya, apa yang dipelajari dalam Islam sepanjang bergelar lelaki Muslim menjadikan dirinya seorang yang lebih tabah dan cekal menempuh ujian.

“Apa yang kami tempuhi sekarang ini saya anggap sebagai takdir. Saya tetap bersyukur di sebalik kepayahan ini, syukur ramai yang tampil beri sokongan moral dan sumbangan bagi meringankan beban kami,” katanya.

Harian Metro melaporkan penderitaan Nurliyana yang disahkan menghidap Para Tiroid sejak 2016. Kesengsaraan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar hingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatan.

Malah, lebih memilukan berat badannya menyusut daripada 55 kilogram (kg) hingga kini hanya 23 kg, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.

Bagaimanapun, setakat ini doktor pakar tidak mengesyorkan Nurliyana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid kerana perlu mencari kaedah sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung.

Masalah kesihatan itu menyukarkan doktor pakar untuk menjalankan pembedahan kerana Nurliyana tidak boleh disuntik ubat bius atau diberikan ubat tidur berikutan keadaan jantungnya yang lemah.

Sumber HMETRO