Mengejutkan! Selepas 6 Bulan, Akhirnya Hans Isaac Dedah Punca Sebenar Batal Kahwin

Mengejutkan! Selepas 6 Bulan, Akhirnya Hans Isaac Dedah Punca Sebenar Batal Kahwin - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mengejutkan! Selepas 6 Bulan, Akhirnya Hans Isaac Dedah Punca Sebenar Batal Kahwin, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mengejutkan! Selepas 6 Bulan, Akhirnya Hans Isaac Dedah Punca Sebenar Batal Kahwin
Link Artikel/Video : Mengejutkan! Selepas 6 Bulan, Akhirnya Hans Isaac Dedah Punca Sebenar Batal Kahwin

Baca juga


Mengejutkan! Selepas 6 Bulan, Akhirnya Hans Isaac Dedah Punca Sebenar Batal Kahwin


LEBIH enam bulan selepas membuat pengumuman rasmi membatalkan perkahwinannya, pelakon yang juga pengarah dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 47, mengakui melalui proses yang sukar di peringkat awal.

“Tiga ke empat bulan pertama selepas saya membatalkan perkahwinan saya, memang saya akui sangat sedih. Pelbagai perkara bermain dalam fikiran saya,” katanya kepada Harian Metro.

Walaupun sudah tidak bersama dengan wanita bernama Gabrielle Robinson itu, Hans berkata dia masih menghormati keluarga wanita terbabit.

“Saya hormat keluarganya namun saya tidak mahu ada sebarang kaitan dengan wanita itu lagi,” katanya.

Hans berkata dia sendiri membuat keputusan membatalkan perkahwinannya tanpa meminta pendapat Gabrielle kerana ada tindakan wanita itu tidak boleh diterima Hans.

“Saya tak boleh menyekat dia melakukan apa dia mahu dan tidak boleh terlalu memaksanya.

“Saya tidak boleh terima apa pernah dilakukannya dan saya pasti, tidak ada satu lelaki pun boleh menerima apa pernah dilakukannya,” katanya.

Ditanya sama ada dia bersedia membuka hati kepada wanita lain, Hans memilih untuk tidak terlalu terburu-buru.

Hans mengikat tali pertunangan dengan Gabrielle pada 29 Januari 2017 dan sepatutnya berkahwin 29 Julai 2017.

Namun, tidak lama selepas itu, mereka membuat pengumuman menunda majlis perkahwinan mereka ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pada 30 Oktober, Hans sekali lagi memaklumkan kepada media mengenai pembatalan perkahwinannya dan ketika itu, Gabrielle sedang berada di China.

SUMBER HMETRO