'Patut la lari menyorok dalam tandas...'

'Patut la lari menyorok dalam tandas...' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Patut la lari menyorok dalam tandas...', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Patut la lari menyorok dalam tandas...'
Link Artikel/Video : 'Patut la lari menyorok dalam tandas...'

Baca juga


'Patut la lari menyorok dalam tandas...'


TANDA tanya mengenai tindakan seorang lelaki melarikan diri selepas keretanya terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Kuala Pilah, terjawab apabila polis menemui sejumlah dadah di dalam kenderaan itu.

Sumber berkata, dalam kejadian berhampiran Taman Nesa Jaya pada 4 petang kelmarin itu, kereta suspek berusia 30-an itu dikatakan terbabas lalu merempuh sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 20-an.

“Suspek memandu keretanya dari bandar Kuala Pilah menuju ke taman berkenaan sebelum keretanya hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah motosikal, menyebabkan penunggangnya terjatuh dan patah kaki serta tangan.

“Suspek kemudian keluar daripada keretanya dan dilihat berjalan untuk beredar dari lokasi kejadian sebelum menghilangkan diri di dalam pasar raya yang terletak satu kilometer dari tempat kejadian.

“Orang ramai yang curiga dengan tindakan suspek segera menghubungi polis yang kemudian membuat gerakan mencari sebelum menemuinya bersembunyi di dalam tandas pasar raya terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek menemui sejumlah dadah di dalam beg sandang dipercayai miliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis menemui sebungkus plastik mengandungi dadah dipercayai syabu dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

“Penunggang motosikal yang cedera dalam kemalangan itu kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah,” katanya.

SUMBER HMETRO