TAHNIAH! Zahirah Mcwilson Kongsi Majlis NIKAH Di Perth, Australia

TAHNIAH! Zahirah Mcwilson Kongsi Majlis NIKAH Di Perth, Australia - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk TAHNIAH! Zahirah Mcwilson Kongsi Majlis NIKAH Di Perth, Australia, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : TAHNIAH! Zahirah Mcwilson Kongsi Majlis NIKAH Di Perth, Australia
Link Artikel/Video : TAHNIAH! Zahirah Mcwilson Kongsi Majlis NIKAH Di Perth, Australia

Baca juga


TAHNIAH! Zahirah Mcwilson Kongsi Majlis NIKAH Di Perth, Australia


SELEPAS dua tahun bergelar janda, ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff, 43, selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka kelahiran Singapura, Hairul pada 24 Mac lalu.

Zahirah yang tiba di tanah air kelmarin berkata, dia tumpang gembira dan bersyukur apabila ibunya sudah menemui teman hidup baru.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan yang berlangsung di Perth, Australia berjalan dengan lancar. Majlis diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat.

“Sebagai anak sulung saya berasa gembira dan bersyukur ibu sudah punya peneman hidup,” katanya.

Menurut Zahirah, kehadiran bapa tiri baru melengkapkan lagi kehidupan ibunya.

“Sekurang-kurangnya bapa tiri saya dapat menjaga ibu serta memberikan kasih sayang sepenuh hati.

“Kalau sebelum ini saya lah tempat dia mengadu suka dan duka. Saya mendoakan ibu sentiasa bahagia dan hubungan mereka kekal hingga akhir haya,” katanya.

Terdahulu Maslinda dan pelakon Zainol Macwilson mendirikan rumah tangga selama 22 tahun dan bercerai pada November 2015.Pasangan ini mendapat empat orang anak termasuk pelakon Zahirah MacWilson

Sumber HMETRO