Ini Kritikan TEGAS DS Najib Buat Kementerian Kewangan MoF!

Ini Kritikan TEGAS DS Najib Buat Kementerian Kewangan MoF! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ini Kritikan TEGAS DS Najib Buat Kementerian Kewangan MoF!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ini Kritikan TEGAS DS Najib Buat Kementerian Kewangan MoF!
Link Artikel/Video : Ini Kritikan TEGAS DS Najib Buat Kementerian Kewangan MoF!

Baca juga


Ini Kritikan TEGAS DS Najib Buat Kementerian Kewangan MoF!


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jaminan Kerajaan dan Tanggungan Kerjasama Awam Swasta (PPP) bukan satu bentuk hutang.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, Najib berkata Jaminan Kerajaan tidak pernah dirujuk sebagai ukuran hutang kerajaan, termasuk ketika era Tun Dr Mahathir memerintah sebelum ini.

“Kami (kerajaan lepas) tidak sembunyikan hutang RM300 bilion. Kita ikut pendefinisian hutang antarabangsa.

“Kerajaan sebelum ini mematuhi garis panduan laporan hutang awam antarabangsa seperti ditakrif Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

“Jadi jumlah hutang 50.8 peratus (bagi Malaysia) adalah diterima secara sejagat," katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Khamis mendedakan hutang negara mencecah RM1 trilion akibat Jaminan Kerajaan sebanyak RM199.1 bilion dan Tanggungan PPP sebanyak RM201.4 bilion.

Tambah Najib kerajaan memberi jaminan kepada beberapa entiti yang dimiliki bagi mengurangkan kos pembiayaan mereka.

“Ia biasanya tanggungan jangka panjang yang disokong aset yang mampu menjana keuntungan,” katanya

Bagi PPP pula, Najib berkata ia bukan satu bentuk hutang sebaliknya merupakan perbelanjaan operasi.

“Ia demi infrastruktur social yang amat diperlukan seperti sekolah, balai polis, hospital, universiti dan lain-lain," jelasnya.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telus dan tidak pernah menyembunyikan angka hutang seperti didakwa.

“Semua angka ini diterbitkan dalam Laporan Perbendaharaan, Laporan BNM, Laporan Ketua Audit, dan Laporan Perakaunan Am setiap tahun tanpa gagal," katanya sambil menambah penganalisis pasaran dan pelabur juga tahu perkara tersebut.

Sumber AWANI