KJ mahu peralihan kuasa Putrajaya berjalan lancar

KJ mahu peralihan kuasa Putrajaya berjalan lancar - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk KJ mahu peralihan kuasa Putrajaya berjalan lancar, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : KJ mahu peralihan kuasa Putrajaya berjalan lancar
Link Artikel/Video : KJ mahu peralihan kuasa Putrajaya berjalan lancar

Baca juga


KJ mahu peralihan kuasa Putrajaya berjalan lancar


Bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan peralihan kuasa kerajaan perlu berlangsung dengan lancar dan tersusun.

“Kini tiba masanya untuk mereka dipilih secara bebas oleh rakyat Malaysia untuk memimpin negara kita.

"Negara kita hanya boleh selamat jika kita memastikan peralihan kuasa yang lancar dan teratur, kerana tanpa kedaulatan undang-undang, kita menjadi negara yang tiada keadilan dan kesaksamaan" katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Kenyataan itu dibuat selepas rakyat Malaysia mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 semalam.

Perjalanan PRU itu diwarnai dengan pelbagai isu, termasuk kewajaran diadakan pada hari Rabu, selain rungutan pengundi yang terpaksa berbaris lama.

Pengundi pos pula - terutama di luar negara - mengalami kesukaran yang tidak sedikit kerana kertas undi masing-masing tiba lewat dan perlu mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan ia sempat sampai ke peti undi mengikut waktu sepatutnya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai penjelasan bagi semua rungutan orang ramai itu.

Tetap hormati keputusan

Di sebalik kesulitan berkenaan majoriti pengundi memenangkan gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) di peringkat pusat dan BN tersingkir daripada kekuasaan buat kali pertama dalam sejarah.

Khairy yang juga ketua pemuda Umno juga menggesa kerajaan baru serta menteri yang dilanti supaya menjaga Malaysia dengan baik.

"Setiap inci tanah ini mesti dipertahankan. Saya akan mempertanggungjawabkan kamu bagi pihak rakyat kita sebagai anggota pembangkang. Sama seperti yang kamu lakukan sebelum ini.

"Ayuh kita tunjukkan kepada dunia bahawa kita boleh bersatu selepas segala apa yang dikatakan atau dilakukan. Demi membina masa depan yang lebih baik.

"Semoga Tuhan merahmati Malaysia selamanya," katanya.

Khairy yang terselamat daripada dikalahkan di kerusi Rembau juga berkata, BN sudah melakukan yang terbaik untuk mendapat mandat rakyat tetapi usaha itu tidak cukup baik.

"Saya sayangkan negara saya. Dan saya berasa bangga kerana memberikan khidmat untuk negara ini. Dan kerana sayangkan negara inilah saya menghormati kehendak rakyat," katanya.

Menurut Khairy, rakyat sudah membuat pilihan dan ia dinyatakan secara jelas

"Kepada mereka yang masih menyokong kami, saya minta maaf kerana mengecewakan anda semua.

"Kepada mereka yang tidak menyokong kami, saya menghormati keputusan anda," katanya.

Sumber MKINI