Lantang ‘Sound’ SPR, Inilah Dia Karim Raslan

Lantang ‘Sound’ SPR, Inilah Dia Karim Raslan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lantang ‘Sound’ SPR, Inilah Dia Karim Raslan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lantang ‘Sound’ SPR, Inilah Dia Karim Raslan
Link Artikel/Video : Lantang ‘Sound’ SPR, Inilah Dia Karim Raslan

Baca juga


Lantang ‘Sound’ SPR, Inilah Dia Karim Raslan


Lewat malam tadi, rata-rata rakyat Malaysa meluahkan rasa kecewa dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat seperti melengah-lengahkan untuk mengumumkan keputusan pilihan raya semalam.

Tidak terkecuali, pakar politik Kasim Raslan juga turut lantang bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Mohd Hashim, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ketika membincangkan tentang mandat pilihan raya di Astro Awani.

“Apa yang beliau sedang lakukan? Beliau patut letak jawatan. Kalau tak boleh terima keadaan, keluar dari situ. Beliau lakukan perkara paling memalukan dan buatkan kami kecewa.

“Kami semua menunggu anda untuk membuat pengumuman ini dan ada lagi 47 kerusi. Apa yang sedang berlaku di Sabah? Kami mahu bertanya, bagaimana dengan negeri Sarawak, ini negeri yang besar, ketua SPR, boleh menyusun semuanya.

“Saya ingin tahu apa tekanan di belakang anda? Siapa berbisik di telinga anda? Ini semua mengarut. Semua setuju ya? Sampah!” katanya.

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Karim Raslan yang berani menegur pihak SPR. Bukan calang-calang orang rupanya.

Merupakan seorang pakar politik, Karim Raslan antara individu yang membangunkan pemahaman mendalam tentang politik di seluruh Asia Tenggara terutama Malaysia, Indonesia, Singapura Thailand dan Filipina.

Mempunyai kolum sendiri bertajuk ‘Ceritalah’ yang membincangkan perkembangan sosio-politik dan isu semasa yang diterbitkan di akhbar The Star, Sin Chew Daily dan Sinar Harian. Penulisannya juga turut disiarkan di akhbar Indonesia dan Singapura. Karim juga pernah dijemput sebagai komentator di BBC, CNN, CNBC, Al Jazeera dan Bloomberg.

Sumber Vitdaily