Polis mula kawal rumah Najib

Polis mula kawal rumah Najib - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Polis mula kawal rumah Najib, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Polis mula kawal rumah Najib
Link Artikel/Video : Polis mula kawal rumah Najib

Baca juga


Polis mula kawal rumah Najib


Polis hari ini mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata ia dilakukan bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.

"Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.

Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.

Difahamkan arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan mulai malam tadi.

Susulan itu, pengamal media yang berkumpul di kawasan kediaman itu juga tidak dibenarkan memasuki laluan berkenaan berbanding semalam yang mana wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan pintu pagar kediaman tersebut bagi membuat liputan.

- Bernama