'Abang Zaira, saya cukup tak sangka...'

'Abang Zaira, saya cukup tak sangka...' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Abang Zaira, saya cukup tak sangka...', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Abang Zaira, saya cukup tak sangka...'
Link Artikel/Video : 'Abang Zaira, saya cukup tak sangka...'

Baca juga


'Abang Zaira, saya cukup tak sangka...'


SHAH ALAM - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias lahirkan rasa terkilan dengan kenyataan seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Zaira.

Jelasnya, kenyataan sinis Zaira  yang mendakwa bahawa beliau (Kazim) kini telah berhijrah ke Afrika Selatan kerana mengotakan janji seandainya Pakatan Harapan menang PRU14, adalah tidak benar.

"Abang Zaira, kita saling mengenali keluarga abang juga kenalan saya, cukup saya tak sangka ini perkataan abang kepada saya.

"Saya rasa tak elok fitnah begini dalam bulan Ramadan pulak itu. Bila masa saya kata macam itu, saya tak sebut pun macam tu jangan tokok jangan tambah," katanya dalam satu  perkongsian di Facebooknya.

Merujuk kepada sindiran Zaira itu, jelas Kazim maksud kenyataan beliau sebelum ini adalah berpesan agar rakyat berhati-hati dalam proses memilih pemimpin.

"Kerana  ia bukan main-main. Saya tak  sentuh pun mana-mana parti, yang saya sebut pertahankan hak kita, salah ke? Maknanya pilihlah yang terbaik dan ianya adalah bersifat umum dan saya tak sebut pun nak pindah ke mana-mana negara," katanya.

Jelasnya, inilah fitnah namanya.

"Saya bukan orang politik dan tak berminat pun dengan politik. Berapa banyak tawaran jawatan saya tolak malah menjadi calon pun saya tak nak sebab saya nak berdakwah," katanya.

Namun  jelasnya lagi, ketaatan kepada ulil amri tetap kena ada pada perkara yang maaruf walau siapa yang memerintah.

"Ini juga pegangan saya.Jiwa saya ialah pendakwah," katanya.

Sumber Sinar