Digelar 'hantu iblis', Kit Siang mahu BN terus hidup

Digelar 'hantu iblis', Kit Siang mahu BN terus hidup - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Digelar 'hantu iblis', Kit Siang mahu BN terus hidup, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Digelar 'hantu iblis', Kit Siang mahu BN terus hidup
Link Artikel/Video : Digelar 'hantu iblis', Kit Siang mahu BN terus hidup

Baca juga


Digelar 'hantu iblis', Kit Siang mahu BN terus hidup


KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu supaya pembangkang di negara ini terus kuat dalam melakukan semak dan imbang dalam sistem demokrasi di negara ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, walaupun diabeliau pernah didakwa dengan pelbagai tuduhan, namun harapannya kepada Barisan Nasional (BN) masih meninggi.

"Ada propaganda yang kata bahawa kita (DAP) orang jahat. Saya didakwa sebagai hantu, iblis dan lain-lain lagi.

"Saya rasa tak pernah buat tuduhan pemimpin Umno sebagai anti-Cina atau anti kepada agama-agama lain, tetapi saya dituduh sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Itu silap.

"Macam sekarang saya tidak mahu MCA atau BN mati, saya harap mereka boleh bergiat supaya demokrasi boleh lahir.

"Demokrasi perlu semak dan imbang yang mana bukan sahaja kita perlu ada mekanisma dalam parti-parti yang memerintah, tapi kita perlukan satu pembangkang yang kuat dan sihat, ada media dan masyarakat sivil yang boleh bersuara," katanya, hari ini.

Jelas beliau, intipati yang penting untuk menjadi pembangkang yang kuat adalah untuk terus belajar daripada setiap kekalahan atau kelemahan yang dihadapi.

"Saya rasa kita semua bukan sahaja DAP, semua parti (Pakatan Harapan), semua pemimpin politik termasuk Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar, Mohamad Sabu kami semua belajar.

"Kita perlu lebih sensitif, waras dan sesuatu yang kita katakan proses pembelajaran yang mana ia lebih untuk Malaysia.

"Tapi saya kesal kerana nampaknya pemimpin-pemimpin parti yang kalah ini tidak mahu belajar," katanya. - Astro Awani

Sumber SINAR