Hidu bau seperti bangkai, rupanya mayat rakan

Hidu bau seperti bangkai, rupanya mayat rakan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Hidu bau seperti bangkai, rupanya mayat rakan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Hidu bau seperti bangkai, rupanya mayat rakan
Link Artikel/Video : Hidu bau seperti bangkai, rupanya mayat rakan

Baca juga


Hidu bau seperti bangkai, rupanya mayat rakan


TAIPING: Polis terpaksa meminta bantuan pihak bomba bagi mengeluarkan mayat seorang wanita di dalam sebuah rumah berkunci di Desa Aulong Utama, Tycon Villa, Aulong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, berkata polis pergi ke lokasi selepas menerima maklumat daripada seorang lelaki yang pergi ke rumah berkenaan untuk melawat rakannya pada jam 2.50 petang.

Katanya, lelaki berkenaan memaklumkan terpaksa memanjat pagar rumah berkenaan selepas rakan wanitanya itu tidak menyahut panggilannya.

"Ketika lelaki itu menghampiri cermin tingkap bilik utama, dia terhidu bau seperti bangkai dan mengesyaki rakannya sudah meninggal dunia di dalam rumah itu.

"Pihak polis yang dimaklumkan mengenai pergi ke tempat kejadian dan mendapati pintu rumah dalam keadaan berkunci lalu menghubungi pihak bomba Taiping untuk bantuan membuka kunci berkenaan.

"Selepas pihak bomba berjaya membuka pintu, pemeriksaan menemui mayat seorang perempuan yang sudah reput terbaring atas di lantai bersebelahan katilnya di dalam bilik utama rumah," katanya di sini malam ini.

Mohamad berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita itu dipercayai mangsa sudah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu.

Katanya, pemeriksaan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan hasil bedah siasat ke atas mayat itu di Hospital Taiping mendapati punca kematian akibat serangan jantung.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping Mazli Mutallib berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan khas dari pihak polis pada jam 4.36 petang sebelum segera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi menggunakan peralatan pemotong khas untuk memotong mangga pintu rumah berkenaan.

"Selepas pintu berjaya dibuka, ada mayat wanita yang hampir reput di dalam rumah itu," katanya.

Sumber BH