Ini Komen Zahid Hamidi Selepas Jumpa Tun Mahathir

Ini Komen Zahid Hamidi Selepas Jumpa Tun Mahathir - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ini Komen Zahid Hamidi Selepas Jumpa Tun Mahathir, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ini Komen Zahid Hamidi Selepas Jumpa Tun Mahathir
Link Artikel/Video : Ini Komen Zahid Hamidi Selepas Jumpa Tun Mahathir

Baca juga


Ini Komen Zahid Hamidi Selepas Jumpa Tun Mahathir

Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjadi pemimpin utama pembangkang yang ketiga mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Komen Zahid:
"Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

"Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua," katanya.

Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diiringi Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya.

Selain itu, hujung Mei lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengunjungi Dr Mahathir dan memaklumkan keputusannya untuk membawa PBB keluar BN.

Sementara itu, tahun lalu, Ahmad Zahid membidas Dr Mahathir dengan mempersoalkan asal-usul pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Susulan itu, Dr Mahathir mengecam Ahmad Zahid dengan mendakwa beliau mempunyai kekayaan luar biasa dan merancang menjatuhkan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

Sumber MK