Kerajaan tetap pilih Tommy jadi peguam negara

Kerajaan tetap pilih Tommy jadi peguam negara - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kerajaan tetap pilih Tommy jadi peguam negara, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kerajaan tetap pilih Tommy jadi peguam negara
Link Artikel/Video : Kerajaan tetap pilih Tommy jadi peguam negara

Baca juga


Kerajaan tetap pilih Tommy jadi peguam negara


Perdana Menteri hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan mengemukakan nama lain untuk mengisi jawatan peguam negara walaupun dilaporkan nama Tomy Thomas tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan percaya cadangan yang dikemukakan itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang negara.

"Mengikut Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak (melantik peguam negara) berdasarkan nasihat perdana menteri.

"Jadi kita berpegang kepada prinsip itu," katanya pada sidang media di Alor Setar, Kedah petang ini.

Beliau juga memberitahu usaha sedang dijalankan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Justeru, kata Dr Mahathir "tidak ada manfaat" bagi beliau memberi penjelasan lanjut mengenainya.

Menggantikan peguam negara antara proses awal yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas berjaya membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Penyandang sebelum ini - Tan Sri Mohamed Apandi Ali - menjadi satu daripada individu yang disasarkan dalam kempen HARAPAN menjelang pilihan raya umum lalu.

Apandi dianggap tidak sesuai meneruskan khidmatnya sebagai peguam negara ekoran pembabitan beliau secara langsung dalam siasatan skandal 1MDB.

Media melaporkan kerajaan mengemukakan nama Tommy bagi mengisi kekosongan jawatan peguam negara namun ia belum mendapat perkenan Agong.

Ditanya mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa Tommy tidak sesuai menjadi peguam negara ekoran hubungannya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Dr Mahathir berkata peguam itu juga pernah menjalankan tugas bagi ramai orang.

"Peguam-peguam (biasanya) mengambil kes yang memberi pendapatan kepada mereka," katanya.

Sumber MK