Lepas Dr M, Siti beraya di rumah Anwar pula

Lepas Dr M, Siti beraya di rumah Anwar pula - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lepas Dr M, Siti beraya di rumah Anwar pula, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lepas Dr M, Siti beraya di rumah Anwar pula
Link Artikel/Video : Lepas Dr M, Siti beraya di rumah Anwar pula

Baca juga


Lepas Dr M, Siti beraya di rumah Anwar pula


Sehari selepas beraya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hari ini berkunjung ke rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula.

Penyanyi nombor satu negara itu datang bersama-sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, anak tirinya Aazief dan tentu sekali anaknya Siti Aafiyah.

Beliau turut berkongsi kunjungan itu dengan lebih lima juta pengikutnya di Instagram.

"Alhamdullillah berpeluang menziarahi dan beraya bersama TPM (timbalan perdana menteri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, insan yang tabah dengan dugaan," kata Siti mengiringi gambar itu.

Sementara itu, Wan Azizah juga memuat naik gambar kunjungan Siti dan keluarga di akaun Instagramnya.

"Terima kasih Datuk K (nama timangan Khalid) dan Datuk Seri Siti datang beraya. Semoga ukhwah berkekalan," kata Wan Azizah.

Berbeza dengan segelintir selebriti lain, Siti dilihat lebih berhati-hati dalam menunjukkan kecenderungan politiknya terhadap mana-mana pihak walaupun umum mengetahui beliau seorang pengkagum Dr Mahathir.

Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14 lalu disifatkan Siti sebagai "hari yang bersejarah" menerusi hantaran di Instagram 10 Mei lalu.

Selaku tokoh disegani dalam industri hiburan, beliau turut menjadi salah seorang yang berjumpa dengan Majlis Penasihat Kerajaan bagi mengemukakan cadangan untuk hal-hal berkaitan seni dan budaya negara.

Sumber MK