'Semoga rohmu damai di sana'

'Semoga rohmu damai di sana' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Semoga rohmu damai di sana', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Semoga rohmu damai di sana'
Link Artikel/Video : 'Semoga rohmu damai di sana'

Baca juga


'Semoga rohmu damai di sana'


JENAZAH empat beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.3 Lebuh Raya Pantai Timur, Maran, Pahang, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheneh Baru, Chukai, pada 11.50 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah Azian Abdullah, 50, bersama tiga anaknya, Fatin Najwa, 27, Fatin Nur Ardiana, 15, dan Mohamad Danish Najmi Mazlan, 10, tiba di Surau Ar Ridhuan, Bandar Cheneh Baru pada 10.30 malam untuk disolatkan.

Jenazah mereka yang siap dibedah siasat di Bilik Forensik Hospital Jengka, Pahang, dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan dalam satu liang.

Empat van yang membawa jenazah empat beranak itu bertolak dari Hospital Jengka, pada 7.30 malam.

Dalam kemalangan 8.30 pagi semalam, empat beranak terbabit maut di tempat kejadian selepas Perodua Myvi yang dinaiki terbabas.

Dua lagi anak mangsa, Fatin Nur Athirah, 19, cedera parah, manakala Mohd Shahrul Ikhram, 20, yang memandu kereta terbabit dilaporkan cedera ringan.

Sementara itu, suami Allahyarham Azian, Mazlan Mohd Rashid, 54, berkata dia bersyukur jenazah isteri dan tiga anaknya dapat dikebumikan dalam satu liang.

“Ramadan kali ini sangat menguji kekuatan dan kesabaran saya menghadapi dugaan Allah yang mengambil isteri serta tiga anak kesayangan sekali gus,” katanya sebak.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak sama ada di Pahang atau di Terengganu yang membantu melicinkan proses tuntutan mayat ahli keluarganya sehingga selesai pengebumian.

Sumber HM