Tarik balik empat juta telur tercemar

Tarik balik empat juta telur tercemar - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tarik balik empat juta telur tercemar, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tarik balik empat juta telur tercemar
Link Artikel/Video : Tarik balik empat juta telur tercemar

Baca juga


Tarik balik empat juta telur tercemar


PERKHIDMATAN veterinar Poland, semalam menarik balik kira-kira 4.3 juta telur yang dicemari antibiotik, beberapa hari selepas Belanda mengarahkan ia dikeluarkan dari pasar raya di Jerman.

Pegawai mengarahkan telur berkenaan, yang dijual di pasar domestik, ditarik balik susulan pemeriksaan yang diadakan.

“Penarikan balik itu disebabkan kehadiran sisa antibiotik lasalocid pada kadar melebihi paras maksimum pada kadar dibenarkan,” menurut kenyataan.

Ketua perkhidmatan veterinar Poland, Pawel Niemczuk, berkata ubat itu dimasukkan secara salah ke dalam makanan untuk diberikan kepada ayam yang bertelur di ladang berhampiran Poznan.

“Makanan untuk menggemukkan ayam yang menggunakan antibiotik secara sah, tersalah diberikan kepada ayam yang bertelur,” katanya kepada agensi berita PAP.

Selasa lalu, pihak berkuasa Jerman menarik balik kira-kira 73,000 telur Belanda dari pasar raya selepas ditemui dicemari fipronil, racun serangga sama yang mencetuskan kebimbangan tahun lalu.

Kementerian Pertanian Lower Saxony berkata, kumpulan telur tercemar itu datang dari ladang organik di Belanda, tetapi menegaskan ia tidak bahaya kepada kesihatan manusia. – AFP

Sumber HM