Teka teki siapa pengganti Ketua Hakim Negara?

Teka teki siapa pengganti Ketua Hakim Negara? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Teka teki siapa pengganti Ketua Hakim Negara?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Teka teki siapa pengganti Ketua Hakim Negara?
Link Artikel/Video : Teka teki siapa pengganti Ketua Hakim Negara?

Baca juga


Teka teki siapa pengganti Ketua Hakim Negara?


PELETAKAN jawatan Tun Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula berundur sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, menyebabkan timbul tanda tanya siapa yang layak menjadi pengganti mereka.

Ketika ini, nama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dilihat sebagai calon paling sesuai mengisi jawatan Ketua Hakim Negara.

Mengikut hierarki hakim di Mahkamah Persekutuan, Malanjum adalah paling ‘senior’ dalam kalangan hakim sedia ada.

Sekiranya benar, Malanjum akan menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang pertama menduduki kerusi tertinggi kehakiman, namun beliau akan bersara wajib pada 13 Oktober depan.

Tidak pasti sama ada Malanjum akan menyambung perkhidmatannya sehingga mencapai usia persaraan mandatori 66 tahun 6 bulan pada April tahun depan.

Jika beliau dilantik, ia menunjukkan kerajaan baharu serius membuat pelantikan berdasarkan kelayakan dan hierarki, bukan seperti lantikan dilakukan sebelum ini.

Ahmad pula berusia 65 tahun pada 25 Mei lalu.

Selain itu, turut disebut bagi mengisi kerusi Ketua Hakim Negara adalah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, bagaimanapun seperti Malanjum, beliau akan bersara wajib pada 10 Oktober ini.

Zainun baru saja dilantik menjadi seorang daripada 10 hakim seluruh dunia sebagai Ahli Lembaga Penasihat pertama bagi Rangkaian Global Integriti Kehakiman di Vienna, Austria.

Md Raus dan Zulkefli meletakkan kedua-dua jawatan mereka selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun lalu.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kenyataannya berkata, Md Raus dan Zulkefli dimaklumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan itu pada 7 Jun lalu, selain peletakan berkenaan akan mula berkuat kuasa pada 31 Julai ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pada 15 Mei lalu, Md Raus dan Zulkefli berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan tujuan peletakan jawatan mereka.

Pelantikan kedua-dua mereka sebelum ini menjadi kontroversi apabila dilanjutkan perkhidmatan melangkaui had usia yang dibenarkan Perlembagaan Malaysia.

Sumber HM