Tiada lagi 'rumah sarang burung' bagi orang miskin - Menteri KPKT

Tiada lagi 'rumah sarang burung' bagi orang miskin - Menteri KPKT - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tiada lagi 'rumah sarang burung' bagi orang miskin - Menteri KPKT, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tiada lagi 'rumah sarang burung' bagi orang miskin - Menteri KPKT
Link Artikel/Video : Tiada lagi 'rumah sarang burung' bagi orang miskin - Menteri KPKT

Baca juga


Tiada lagi 'rumah sarang burung' bagi orang miskin - Menteri KPKT


KUALA LUMPUR - Dasar Komuniti Negara yang akan dilancarkan oleh Kementerian  Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Ogos ini mungkin mencadangkan tempat kediaman yang lebih besar kepada golongan miskin, kata Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, cadangan yang bakal dibuat adalah menambah keluasan saiz rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 900 kaki persegi daripada 600 kaki persegi sebelum ini.

"Saya tidak  mahu rumah PPR dan rumah untuk B40 ini konsep duduk di rumah ibarat sangkar  burungkecil, jadi saya cadangkan dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) nanti rumah yang selesa dengan rumah yang disediakan lebih besar sikit, katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Kumpulan  B40 terdiri daripada kumpulan isi rumah  berpendapatan 40 peratus terendah dengan memperoleh RM3,000 bulanan ke bawah.

"Bilik, ruang  tamu dan koridor mestilah selesa. Kemudahan yang lengkap seperti tempat riadah, surau, dewan, perpustakaan, semua ini kena lengkap untuk mereka supaya ada ruang untuk berekreasi dan rehatkan minda dalam kelompok sendiri tanpa perlu pergi jauh. Kita mahu mereka rasa selesa dengan persekitaran mereka dan komuniti akan sentiasa berkomunikasi dalam kelompok sendiri," katanya. - Bernama

Sumber Kosmo