Rakyat Malaysia terkorban gempa bumi di Lombok

Rakyat Malaysia terkorban gempa bumi di Lombok - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rakyat Malaysia terkorban gempa bumi di Lombok, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rakyat Malaysia terkorban gempa bumi di Lombok
Link Artikel/Video : Rakyat Malaysia terkorban gempa bumi di Lombok

Baca juga


Rakyat Malaysia terkorban gempa bumi di Lombok

Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi ini.

Menurut laporan media Indonesia, rakyat Malaysia yang terkorban itu hanya dikenali sebagai Siti Nur Ismawida, 30 tahun. Jenazah mangsa kini dilaporkan ditempatkan di Klinik Sembalun, Lombok.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan berkata pihak kedutaan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Identiti lengkap mangsa masih belum diperoleh setakat ini, katanya kepada Bernama.

Menurut Zamshari terdapat 150 pelajar Malaysia di Lombok dan mereka dilaporkan selamat.

Menurut media Indonesia, setakat ini 10 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa itu, manakala puluhan rumah dan bangunan dilaporkan rosak.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 Skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok jam 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk kawasan itu dilaporkan bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 km Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut laporan BMKG, berlaku 31 gegaran susulan selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi ini. Gegaran susulan gempa itu di bawah 5 Skala Richter.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki juga ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh.

- Bernama
Sumber MK