Sheikh Qaradawi lawat Anwar di Turki

Sheikh Qaradawi lawat Anwar di Turki - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Sheikh Qaradawi lawat Anwar di Turki, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Sheikh Qaradawi lawat Anwar di Turki
Link Artikel/Video : Sheikh Qaradawi lawat Anwar di Turki

Baca juga


Sheikh Qaradawi lawat Anwar di Turki

TURKI - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan tetamu istimewa ketika beliau sedang menerima rawatan selepas selesai pembedahan di Turki, Jumaat lepas.

Menerusi catatan di Facebook miliknya, Anwar memberitahu beliau dikunjungi ulama terkenal, Shaikh Yusuf Al-Qaradawi yang kebetulan turut berada di Turki.

Menurutnya, Qaradawi pernah mengutus surat kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh ini ketika beliau menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.

“Ketika di PPUM bulan lalu, beliau ada mengutus surat kepada saya. Beliau menitip pesan antara lain agar risalah Islam terus dipertahan ke arah kedamaian dan keadilan di samping menolak sikap melampau.

“Qaradawi turut menambah betapa dakwah perlu disemarak untuk mendalami kefahaman Islam dan menolak fanatisme kelompok (assabiyah) yang angkuh lagi jumud.

“Dukungan berterusan ini pastinya amat bermakna buat saya. Semoga Syeikh Yusuf al-Qaradawi terus diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindunganNya,” katanya.

Anwar berada di Turki dan sedang menerima rawatan selepas beliau selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan bahunya.

Sumber SH