Penternak babi mengaku bersalah

Penternak babi mengaku bersalah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Penternak babi mengaku bersalah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Penternak babi mengaku bersalah
Link Artikel/Video : Penternak babi mengaku bersalah

Baca juga


Penternak babi mengaku bersalah

PENTERNAK babi didenda RM2,500 selepas mengaku bersalah kerana memproses makanan haiwan tanpa lesen di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.

Tertuduh, Ng Boon San(kiri) , 59, mengaku demikian di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Boon San didakwa melakukan kesalahan di bawah peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan (Pembuatan dan Penjualan Makanan Haiwan atau Bahan Tambahan Makanan Haiwan) 2012.

Tertuduh melakukan kesalahan berkenaan pada 10.30 pagi 12 Mac lalu di ladang penternakan babi di Taijong Farm Sdn Bhd, Jalan Tanjung Labuh di sini.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Peraturan 14, peraturan yang sama iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor Mohd Faiz Ajis manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber HM