Rundingan air dengan Malaysia? Ini jawapan Singapura! Tak sangka...

Rundingan air dengan Malaysia? Ini jawapan Singapura! Tak sangka... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rundingan air dengan Malaysia? Ini jawapan Singapura! Tak sangka..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rundingan air dengan Malaysia? Ini jawapan Singapura! Tak sangka...
Link Artikel/Video : Rundingan air dengan Malaysia? Ini jawapan Singapura! Tak sangka...

Baca juga


Rundingan air dengan Malaysia? Ini jawapan Singapura! Tak sangka...

SINGAPURA - Singapura tidak mengadakan sebarang rundingan dengan Malaysia berhubung rundingan semula harga air, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean dilaporkan sebagai berkata oleh portal berita dalam talian, TODAY.

Menurut portal itu, Chee Hean ditemui media semasa melawat ke Loji Reklamasi Air Changi di sini hari ini.

Beliau telah ditanya sama ada Malaysia telah menghubungi Singapura secara rasmi mengenai isu air dan sama ada Singapura mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Jawapan Chee Hean adalah "tidak' dan Timbalan Perdana Menteri Singapura itu tidak mengulas lanjut, kata laporan itu.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah beberapa kali menyatakan hasrat Malaysia untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dan kemungkinan menaikkan harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura sebanyak lebih daripada 10 kali ganda. - Bernama

Sumber Kosmo