Nak tahan adik, abang 'terjerat'

Nak tahan adik, abang 'terjerat' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Nak tahan adik, abang 'terjerat', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Nak tahan adik, abang 'terjerat'
Link Artikel/Video : Nak tahan adik, abang 'terjerat'

Baca juga


Nak tahan adik, abang 'terjerat'

HENDAK cari adik kerana disyaki penagih dadah, namun abangnya pula yang ditemui dan ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pendang kerana disyaki turut terbabit dalam penagihan dadah ketika serbuan semalam.

Dalam operasi bermula 1 pagi hingga 6.30 pagi itu, sepasukan anggota AADK Pendang yang mencari lelaki berusia sekitar 20-an di rumah di Felda Sungai Tiang, Pendang, gagal apabila lelaki terbabit dikatakan pulang ke rumah mentuanya.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut di rumah itu mendapati abangnya yang berusia 38 tahun disyaki penagih dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia positif dadah jenis syabu dan morfin.

Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Pendang, Mohd Hafiz Mansor berkata, berikutan itu pihaknya menahan lelaki terbabit untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, ibu bapa lelaki terbabit turut berada di rumah berkenaan dan adiknya juga turut tinggal di situ, namun bernasib baik kerana tiada di rumah.

"Operasi ini dilakukan adalah berdasarkan maklumat awam yang diterima untuk menangkap penagih dadah dari rumah ke rumah yang dikenal pasti.

"Dalam operasi itu juga, kami menahan 10 orang disyaki penagih dan seorang daripadanya disyaki pengedar dadah yang berusia antara 20-an hingga 30-an di sekitar Felda Sungai Tiang, Kampung Padang Durian, Kampung Kubang Pisang dan Kampung Putat di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Hafiz berkata, operasi ini turut dibantu anggota Balai Polis Kubur Panjang untuk membanteras kegiatan penagihan dadah di sekitar daerah Pendang.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lapan yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu dan morfin manakala seorang lagi positif dadah jenis syabu.

"Bagaimanapun pengedar dadah yang ditahan itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Sembilan lagi yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Pendang untuk disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.

Mohd Hafiz berkata, lapan yang ditahan di bawah AADK direman di pusat tahanan reman Serdang selama 14 hari dari tarikh tangkapan manakala seorang lagi dijamin pegawai AADK dan seorang lagi diserah pada polis untuk tindakan lanjut.

Pihaknya mengharapkan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penagihan dadah untuk memudahkan pihaknya mengumpul maklumat sebelum menyerbu kawasan yang dikenal pasti.

Sumber HM