Pelajar maut selepas rebah ketika main bola sepak

Pelajar maut selepas rebah ketika main bola sepak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pelajar maut selepas rebah ketika main bola sepak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pelajar maut selepas rebah ketika main bola sepak
Link Artikel/Video : Pelajar maut selepas rebah ketika main bola sepak

Baca juga


Pelajar maut selepas rebah ketika main bola sepak

SEREMBAN - Keseronokan seorang pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sri Sendayan bermain bola sepak bersama rakannya berakhir dengan tragedi semalam apabila dia meninggal dunia sebaik rebah di padang sekolah itu, petang semalam.

Kejadian menimpa Muhammad Fais Ali Ahmad, 16, berlaku pada kira-kira pukul 3.45 petang selepas bapa mangsa, Ali Ahmad Mohd. Jaled dihubungi pihak sekolah.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) namun, dia disahkan meninggal dunia oleh doktor ketika dirawat di zon merah hospital itu.

Ali Ahmad berkata, dia bergegas ke sekolah selepas mendapat panggilan daripada seorang guru memaklumkan anaknya pengsan di padang ketika bermain bola sepak.

"Setelah anak saya dibawa ke hospital, doktor yang merawatnya mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita di HTJS di sini hari ini.

Lelaki itu memberitahu, Mohammad Fais selama ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Dia juga terkejut apabila mesej yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp mendakwa punca kematian anaknya disebabkan strok haba.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan, Maznah Abu Bakar berkata, hasil bedah siasat mengesahkan kematian Mohammad Fais berpunca daripada serangan jantung.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.16 petang semalam daripada bapa mangsa.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber - K! ONLINE