Akhirnya Ramasamy sah jumpa Dr Maza, ini yang akan dibincangkan!

Akhirnya Ramasamy sah jumpa Dr Maza, ini yang akan dibincangkan! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Akhirnya Ramasamy sah jumpa Dr Maza, ini yang akan dibincangkan!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Akhirnya Ramasamy sah jumpa Dr Maza, ini yang akan dibincangkan!
Link Artikel/Video : Akhirnya Ramasamy sah jumpa Dr Maza, ini yang akan dibincangkan!

Baca juga


Akhirnya Ramasamy sah jumpa Dr Maza, ini yang akan dibincangkan!

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy ketika sidang media semasa majlis penyampaian cermin mata di Dewan Sri Mariaman Jalan Mengkuang, Butterworth, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam

BUTTERWORTH: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy, mengesahkan akan menghadiri pertemuan tertutup bersama Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, esok.

Dr Ramasamy berkata, pertemuan itu akan diadakan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya, pada jam 3.30 petang.

"Ya, esok saya akan bertemu Dr MAZA (Dr Mohd Asri) bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi membincangkan beberapa perkara.

"Saya menghormati usaha Dr Mujahid," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada Pelajar dan Warga Emas di Dewan Sree Mariamman di sini, hari ini.

Dr Ramasamy berkata, beliau menganggap proses pertemuan esok adalah suatu perkara yang biasa, terutamanya dalam menyelesaikan isu berbangkit.

Katanya, beliau juga tidak pernah mengenali Dr Mohd Asri secara peribadi, selain mengakui tidak mengambil serius terhadap setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

"Saya tidak pernah kenal beliau. Ini bukan masalah peribadi antara kami. Jadi saya rasa, tidak timbul perkara ini akan selesai atau tidak. Yang penting kita ada peluang untuk bincang," katanya.

Sebelum ini, Dr Mujahid mengesahkan sudah memperoleh persetujuan daripada Dr Ramasamy dan Dr Mohd Asri, untuk mengadakan pertemuan tertutup yang dirancang pada akhir bulan ini.

Katanya, pertemuan itu antara lain akan membincangkan isu tuduhan kaitan Dr Ramasamy dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Minggu lalu, Ramasamy menafikan pembabitannya dengan LTTE, sebaliknya cuma dilantik sebagai perunding proses perdamaian antara kerajaan Sri Lanka dan LTTE pada 2003 atas kapasiti Pensyarah Ekonomi Politik dan Pengurusan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumber BH