Tajuk : CEO Bank Islam letak jawatan
Link Artikel/Video : CEO Bank Islam letak jawatan
CEO Bank Islam letak jawatan
KUALA LUMPUR - BIMB Holdings Bhd. (BHB) mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkuat kuasa serta-merta.
Khairul turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), anak syarikat milik penuh BHB.
Menurut Pengerusi BHB, Tan Sri Ambrin Buang dalam satu kenyataan, Lembaga Pengarah BHB dan Bank Islam telah menerima peletakan jawatan beliau dan ingin mengucapkan penghargaan di atas sumbangan beliau kepada kedua-dua institusi dan sektor perbankan Islam.
"Lembaga Pengarah BHB telah memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Eksekutif Lembaga bagi mengawasi operasi harian BHB semua pemegang saham, pihak-pihak berkepentingan, pendeposit dan pelanggan tidak perlu khuatir kerana HB dan Bank Islam tidak akan terjejas serta akan berjalan seperti biasa.
"Sehubungan itu, Lembaga Pengarah telah memutuskan untuk melantik Mohd. Muazzam Mohamed sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa Jumaat 20 Julai 2018 (hari ini)," katanya.
Mohd. Muazzam yang mempunyai pengalaman selama 22 tahun dalam bidang audit, kewangan dan perundingan itu juga merupakan ahli dalam pelbagai jawatankuasa eksekutif di Bank Islam serta mempengerusikan beberapa jawatankuasa pemandu projek.
Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dalam Kumpulan BHB dan Bank Islam.
Sumber - K! ONLINE