Rindu Lemang, Tengok Apa Dua Sahabat Ini Buat Di Luar Negara!

Rindu Lemang, Tengok Apa Dua Sahabat Ini Buat Di Luar Negara! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rindu Lemang, Tengok Apa Dua Sahabat Ini Buat Di Luar Negara!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Others, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rindu Lemang, Tengok Apa Dua Sahabat Ini Buat Di Luar Negara!
Link Artikel/Video : Rindu Lemang, Tengok Apa Dua Sahabat Ini Buat Di Luar Negara!

Baca juga


Rindu Lemang, Tengok Apa Dua Sahabat Ini Buat Di Luar Negara!

KOTA BHARU - Rindu keenakan lemang pada hari raya, dua rakan karib yang kini tinggal di Doha, Qatar sanggup memasak juadah berkenaan menggunakan tin minuman terpakai.

Dua sahabat itu, Iswadi Mohamad, 38, dari Kelantan dan Shalul Abdul Aziz, 38, dari Kedah merupakan kakitangan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa kini menetap di Doha sejak tiga tahun lalu.

Menurut Iswadi, pada hari raya lepas dia dan Shalul amat rindukan juadah dari Malaysia terutama keenakan lemang sehingga timbul idea untuk memasak juadah itu.

“Namun di Doha kami susah untuk mendapatkan buluh. Malah untuk bertemu buluh juga adalah agak mustahil di sini.

“Resepi ini sama dengan lemang menggunakan buluh cuma bezanya buluh itu diganti dengan tin minuman. Bahan-bahannya ialah beras pulut, santan, garam dan gula,” ujarnya sewaktu dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Iswadi berkata, cuma daun pisang dia akan bawa dari Malaysia atau dikirim kepada rakan atau saudara mara yang berkunjung ke Doha.

“Pulut ini kemudian akan dimasukkan ke dalam ketuhar pada suhu 350 darjah Celsius selama 2 jam 30 minit.

“Rasanya sedikit berbeza dengan lemang dimasak dengan buluh namun tetap enak dimakan bersama kari ayam dan rendang,” katanya.

Tambahnya, dia bersama rakan karibnya itu akan menyambut Hari Raya Aidiladha nanti di Doha jadi mereka akan menggunakan kaedah itu untuk menyediakan lemang dan menjamu bersama orang ramai.

Sumber- K! ONLINE