Tajuk : Pelajar tahfiz lemas
Link Artikel/Video : Pelajar tahfiz lemas
Pelajar tahfiz lemas
PELAJAR tahfiz lemas di Tasik Biru Kundang, Jalan Kundang, Sungai Buloh, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Yazli Yahya, berkata, mangsa, Mohd Akmal Hakim Yazid, 15, berasal dari Pasir Gudang, Johor dipercayai pergi ke tasik berkenaan untuk mandi-manda bersama guru dan dua lagi rakan kira-kira 7 malam.
"Mangsa adalah pelajar di Tahfiz Darul Ulama yang terletak berhampiran dengan tasik itu dan ketika kejadian, dia dikatakan sedang berenang bersama guru serta dua rakannya.
"Mangsa dipercayai cuba memijak dasar tasik namun kawasan itu mempunyai curam yang dalam memandangkan tasik itu adalah bekas lombong dan seorang rakannya nampak mangsa tenggelam," katanya kepada media, hari ini.
Menurut Yazli, guru mangsa cuba mencarinya dengan menyelam ke dasar tasik namun tidak berjaya sebelum menghubungi talian kecemasan.
Bomba yang menerima panggilan kecemasan, 7.34 malam tadi, menggerakkan 15 anggota dan pegawainya dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang ke lokasi untuk kerja mencari dan menyelamat.
"Operasi pencarian pada mulanya berhadapan sedikit kesukaran kerana ketika itu hujan lebat, namun kita meneruskan pencarian di permukaan air dan menyelam.
"Mayat mangsa akhirnya ditemui di dasar tasik sedalam kira-kira 3.5 meter pada 9.50 malam," katanya.
Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya.
Sumber HM