3 penjawat awam samseng ditahan

3 penjawat awam samseng ditahan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 3 penjawat awam samseng ditahan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 3 penjawat awam samseng ditahan
Link Artikel/Video : 3 penjawat awam samseng ditahan

Baca juga


3 penjawat awam samseng ditahan

KUALA LUMPUR - Tiga beradik lelaki termasuk seorang pegawai imigresen di Put­rajaya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dengan dua penarik kereta dalam kejadian di Jalan Damai Raya 2, Cheras Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (gambar kecil) berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu telah menahan ketiga-tiga beradik lelaki berusia 30 hingga 33 tahun di sekitar Putrajaya pada pukul 12.10 tengah malam semalam.

Menurut beliau, sebelum tangkapan tersebut, tular di laman sosial mengenai kejadian pergaduhan tersebut yang didakwa membabitkan tiga pegawai polis dan dua penarik kereta.

“Selepas siasatan dan tangkapan, tiga lelaki yang bergaduh dengan dua penarik kereta itu bukan membabitkan anggota atau pegawai polis seperti yang tular,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Mazlan meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa mendapat sumber yang sahih dan tepat daripada polis.

“Sekiranya ada sebarang salah laku yang dibuat dalam kalangan warga polis, kita tidak pernah berkompromi dan tindakan tegas akan diambil,” jelas beliau.

Sumber Kosmo