Disyaki mengintai, lelaki maut dipukul orang awam di Kajang

Disyaki mengintai, lelaki maut dipukul orang awam di Kajang - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Disyaki mengintai, lelaki maut dipukul orang awam di Kajang, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Disyaki mengintai, lelaki maut dipukul orang awam di Kajang
Link Artikel/Video : Disyaki mengintai, lelaki maut dipukul orang awam di Kajang

Baca juga


Disyaki mengintai, lelaki maut dipukul orang awam di Kajang

Kajang: LELAKI warga Indonesia yang koma sejak 11 Ogos lalu dipercayai dipukul orang awam selepas disyaki mengintai di Kampung Orang Asli Baru, Sungai Lalang, meninggal dunia pada 9.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, lelaki itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kajang akibat parah pada kepala.

"Kejadian dilaporkan berlaku pada 11 Ogos lalu apabila si mati dimasukkan ke hospital selepas koma dipercayai akibat dipukul.

"Hasil siasatan, kejadian bermula apabila perbuatan si mati memasuki rumah di kampung berkenaan disyaki untuk mengintai, disedari jiran.

"Dia kemudian cuba melarikan diri, namun gagal dan ditangkap oleh penduduk kampung dan berlaku pergelutan.

"Selepas 12 hari dirawat di Hospital Kajang, dia meninggal dunia dan hasil bedah siasat semalam mengesahkan punca kematiannya adalah kecederaan teruk di kepala akibat hentakan benda tumpul dan beberapa kecederaan dalaman," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dzaffir berkata, susulan itu seorang lelaki berumur lingkungan 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek direman sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber HM