Dalam diam, Zizan 'dilamar' selebriti terkenal Indonesia

Dalam diam, Zizan 'dilamar' selebriti terkenal Indonesia - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dalam diam, Zizan 'dilamar' selebriti terkenal Indonesia, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dalam diam, Zizan 'dilamar' selebriti terkenal Indonesia
Link Artikel/Video : Dalam diam, Zizan 'dilamar' selebriti terkenal Indonesia

Baca juga


Dalam diam, Zizan 'dilamar' selebriti terkenal Indonesia


SELEBRITI serba boleh, Zizan Razak 'dilamar' oleh seorang selebriti terkenal Indonesia.

Menurut anak jati Kuala Terengganu ini, pelakon dan pengacara berkenaan menghantar DM (mesej peribadi) kepadanya di laman Instagram.

Lebih mengejutkan apabila Zizan tidak pernah mengikuti artis berkenaan di laman sosialnya.

"Segalanya bermula apabila Raffi Ahmad DM saya dan beritahu dia ada tawaran untuk saya dan selepas berbalas mesej dia ajak saya bertemu dengannya di Jakarta.

"Jadi saya terus ambil flight ke sana dan berbincang. Selepas segala perbincangan dipersetujui, barulah saya kembali sekali lagi ke Jakarta untuk menandatangani kontrak dan menjalani penggambaran bulan lalu," ujarnya kepada media di Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018), Ahad lalu.

Filem yang masih belum mempunyai judul itu turut menggandingkan Zizan dengan Rafi selain Cut Meyriska dan Marsha Aruan.

Mengakui terharu dihubungi bintang terkenal, pemilik nama sebenar Razizan Abdul Razak, 34, berkata, dia akan bekerjasama lagi dengan Raffi selepas ini seperti yang sudah dibincangkan.

Bahkan tambah Zizan, dia turut mendapat beberapa tawaran lain dari syarikat produksi di Indonesia.

"Memang menjadi impian saya untuk mengembangkan karier lakonan di Indonesia dan Alhamdulillah Raffi membuka jalan untuk saya dan tidak sangka ada beberapa tawaran lain pula.

"Mungkin penonton di Indonesia tidak mengenali saya tetapi ini mungkin dapat menjadi jambatan bagi saya memperkenalkan diri," katanya.

Sumber SINAR