Ada yang mula menyesal undi PH - Najib

Ada yang mula menyesal undi PH - Najib - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ada yang mula menyesal undi PH - Najib, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ada yang mula menyesal undi PH - Najib
Link Artikel/Video : Ada yang mula menyesal undi PH - Najib

Baca juga


Ada yang mula menyesal undi PH - Najib


PEKAN: Nasib 17,000 kakitangan penjawat awam bertaraf kontrak yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin lebih baik sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kumpulan berkenaan mungkin masih bekerja dan dapat mencari rezeki untuk menyara keluarga seperti sebelum PRU14 berbanding sekarang apabila mereka hilang ditamatkan mata pencarian.

Ahli Parlimen Pekan itu berkongsi nukilan seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang menyatakan dirinya adalah pengundi PH pada PRU14 kerana sering dimomokkan sejak anaknya lahir bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah punca kepada kenaikan harga barang.

"Mana dia pergi pun peniaga kata GST menyebabkan (harga) barang naik, dia tidak sebut pun sebagai seorang guru KAFA dia mendapat pembelaan daripada kerajaan (sebelum 9 Mei).

"Selepas 9 Mei dia mendapat penamatan sebagai guru KAFA pada awal Ramadan, bila tengok dua anak kecilnya...air matanya menitis kerana terbayang apa bakal terjadi kepada anaknya itu dan menampung perbelanjaan.

"Timbul kesedaran bahawa BN yang memberi pembelaan kepada guru KAFA, BN tidak tergamak memberhentikan 3,000 guru KAFA yang termasuk 17,000 kakitangan kontrak kerajaan namanya ada dan saya hendak berhubung dengannya kerana dia menyesal mengundi pakatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 100 asnaf di Masjid Kampung Polo di sini, hari ini.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Arif.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata perasaan kesal dan insaf bahawa hanya kerajaan BN memberi pembelaan kepada penjawat awam selama ini hanya dirasai selepas 'perkara itu tiada'.

"Apakan daya mungkin mereka tertipu atau membuat satu pertimbangan berdasarkan kepada hasutan atau kempen kebencian tanpa melihat kepada kebaikan BN, kebaikan kita tidak nampak semasa itu, hanya sedar bila sudah tiada.

"Tetapi sebagai hamba Allah, kita kena terima dan terpaksa bina masa depan kita sebagai sebuah parti yang tiada kuasa kerajaan," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan turut berterima kasih kepada pengundi di Parlimen Pekan kerana memberi mandat dan memenangi kerusi itu dengan majoriti tertinggi di Malaysia bagi BN.

"Sebagai Ahli Parlimen Pekan, sudah tentu saya terus terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab selepas diberi kepercayaan dan mandat oleh pengundi," katanya.

Sumber BH