Ini Komen PADU Khairy Bila 4 Parti Sarawak Keluar Barisan Nasional!

Ini Komen PADU Khairy Bila 4 Parti Sarawak Keluar Barisan Nasional! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ini Komen PADU Khairy Bila 4 Parti Sarawak Keluar Barisan Nasional!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ini Komen PADU Khairy Bila 4 Parti Sarawak Keluar Barisan Nasional!
Link Artikel/Video : Ini Komen PADU Khairy Bila 4 Parti Sarawak Keluar Barisan Nasional!

Baca juga


Ini Komen PADU Khairy Bila 4 Parti Sarawak Keluar Barisan Nasional!

KUALA LUMPUR: Parti komponen yang masih kekal bersama Barisan Nasional (BN), termasuk UMNO perlu menerima dengan hati terbuka keputusan empat parti tempatan Sarawak meninggalkan gabungan itu.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, berkata beliau memahami keputusan empat parti berkenaan walaupun itu bermakna gabungan BN Sarawak yang wujud sejak setengah abad lalu sudah berakhir.

"Saya menyambut keputusan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk meninggalkan BN dengan hati terbuka dan mengucapkan selamat maju jaya kepada gagasan baharu yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) untuk keluar dari BN juga memberi impak yang besar ketika kita merangka struktur serta rupa bentuk baharu UMNO dan hubungan kita dengan rakan komponen Barisan Nasional di Semenanjung dan Sabah.

"Saya berharap perbincangan ini akan dibuat berlandaskan senario baharu politik Malaysia yang mana kita sedia bekerjasama dengan rakan di Sarawak walaupun jika mereka tidak kembali menyertai BN secara rasmi pada masa depan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairy berkata, keputusan itu secara tidak langsung melambangkan permulaan hubungan politik baharu di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak yang harus dibina atas pemahaman dan penghayatan sebenar Perjanjian Malaysia 1963.

"Saya ingin mengajak rakan dalam UMNO dan komponen parti BN di seluruh negara untuk sama-sama menerima, dan bukan berkecil hati dengan keputusan rakan kita di Sarawak," katanya.

Sumber BH