IGP Bakal Diganti? Ini Respons MENGEJUTKAN Tun Mahathir!

IGP Bakal Diganti? Ini Respons MENGEJUTKAN Tun Mahathir! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk IGP Bakal Diganti? Ini Respons MENGEJUTKAN Tun Mahathir!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Video Politik, Video Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : IGP Bakal Diganti? Ini Respons MENGEJUTKAN Tun Mahathir!
Link Artikel/Video : IGP Bakal Diganti? Ini Respons MENGEJUTKAN Tun Mahathir!

Baca juga


IGP Bakal Diganti? Ini Respons MENGEJUTKAN Tun Mahathir!


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai kemungkinan berlaku rombakan kepemimpinan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana menteri sebelum itu ditanya mengenai khabar dilaporkan media luar bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun akan digantikan.

Ia selaras dengan perubahan kerajaan pusat yang kini dikuasai Pakatan Harapan.

Memetik sumber tidak dinamakan akhbar Singapura The Straits Times berkata rombakan itu akan dilakukan bulan depan.

Ditanya pada sidang media di Tokyo, Jepun, Dr Mahathir memberikan jawapan ringkas mengenai isu berkenaan.

"Saya tak tahu apa-apa mengenainya," kata beliau.

Semalam Malaysiakini melaporkan ada beberapa pegawai kanan PDRM akan digugurkan sebagai langkah kerajaan baru “membersihkan” agensi penguatkuasaan itu.

Memetik laporan The Straits Times turut ada dalam senarai pertukaran itu ialah Mohamad Fuzi sendiri.

Tiga jabatan yang terpalit dengan kes rasuah pula dijangka dimansuhkan dengan beberapa pegawainya akan dipecat.

Tiga jabatan yang didakwa bakal dimansuhkan itu ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

“Ya, gempa 8.5 Richter akan berlaku Julai ini,” kata sumber.

Mohamad Fuzi dilantik ke jawatan berkenaan secara rasmi pada 4 Sept 2017 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sendiri dakwaan dalam laporan berkenaan.

Sumber MK