‘Mafia’ Masjid India kuasai bazaar, kata peniaga

‘Mafia’ Masjid India kuasai bazaar, kata peniaga - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk ‘Mafia’ Masjid India kuasai bazaar, kata peniaga, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : ‘Mafia’ Masjid India kuasai bazaar, kata peniaga
Link Artikel/Video : ‘Mafia’ Masjid India kuasai bazaar, kata peniaga

Baca juga


‘Mafia’ Masjid India kuasai bazaar, kata peniaga

Sampah sarap yang ditinggalkan peniaga bazaar Ramadhan di Jalan Masjid India. (Foto Ameer Ali Mydin)

PETALING JAYA: Terdapat kumpulan “mafia” yang menguasai bazaar tahunan sempena bulan Ramadhan di Jalan Masjid India, kata peniaga tempatan yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.

Ameer Ali Mydin, pengerusi Persatuan Peniaga Masjid India berkata, “Ada ‘mafia’ di situ. Kalau ada yang buat aduan, dia akan ‘habis'”.

Ameer berkata beliau pernah diugut secara fizikal sebelum ini “hanya kerana saya buat bising tentang masalah itu”.

Katanya kepada FMT, “Tidak ada tindakan diambil. Semua orang nak jadi ‘hero’ dan menafikan mereka tidak berbuat apa-apa semasa krisis itu berlaku. Jadi apakah bezanya antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan? Nampaknya tidak ada sesiapa pun dapat menghentikan perkara karut ini.”

Ameer berkata, beliau mendesak Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun supaya segera melawat kawasan itu untuk memahami keadaan dihadapi, pada waktu sebuah “persatuan” bertindak menjual lot perniagaan di situ sejak bertahun-tahun.

Fong kini berhadapan kontroversi selepas media melaporkan anggota Pemuda PPBM, Noorhisyam Abd Karim mendapat untung berkali ganda dengan mengenakan sewa sehingga RM5,000 bagi satu daripada 80 lot yang dilesenkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), walaupun agensi itu hanya mengenakan sewa lesen dan caj lain berjumlah RM6,000 untuk semua lot tersebut.

Fong mendakwa beliau mengeluarkan surat sokongan kepada Noorhisyam ialah bagi membantu peniaga yang tidak mempunyai lesen membuka gerai di bazaar Ramadhan itu.

Ameer berkata, beliau menerima maklum balas “sewa” gerai berkenaan boleh mencecah sehingga RM18,000 pada minggu terakhir sebelum Hari Raya.

Pegawai pelesenan DBKL berkata, beliau pada mulanya menolak permohonan bazaar berkenaan, tetapi membatalkan keputusan tersebut setelah menerima surat sokongan Fong. Ahli Parlimen itu berkata namanya telah disalah guna.

Ameer berkata, pembantu Fong, Sally Sian, tidak memahami keadaan apabila meminta peniaga tampil membantu siasatan mengenai aduan terhadap Noorhisyam.

DBKL sepatutnya tidak meluluskan permohonan untuk bazaar itu,” kata Ameer.

Katanya, DBKL gagal mengurus bazaar berkenaan yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan pembuangan sampah merata-mata.

DBKL perlu memikul tanggungjawab dan tidak bersembunyi di belakang ahli politik, tambah beliau.

Sumber FMT