Viral MPK Tumbuk Peniaga, Ini Respons Mengejutkan Menteri Perumahan!

Viral MPK Tumbuk Peniaga, Ini Respons Mengejutkan Menteri Perumahan! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Viral MPK Tumbuk Peniaga, Ini Respons Mengejutkan Menteri Perumahan!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Viral MPK Tumbuk Peniaga, Ini Respons Mengejutkan Menteri Perumahan!
Link Artikel/Video : Viral MPK Tumbuk Peniaga, Ini Respons Mengejutkan Menteri Perumahan!

Baca juga


Viral MPK Tumbuk Peniaga, Ini Respons Mengejutkan Menteri Perumahan!


Pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dinasihatkan supaya lebih bersabar serta tidak terlalu emosi ketika menjalankan pemantauan dan operasi terutamanya melibatkan pemeriksaan lesen dan permit perniagaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata mereka seharusnya perlu lebih bertanggungjawab dan berhemah bagi mengelak berlakunya konflik yang boleh menyebabkan pergaduhan dan salah faham.

Ia susulan satu klip video yang menunjukkan pergaduhan antara penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan peniaga di Jalan Taiping, Klang mula tular di media sosial.

“Saya sudah hubungi Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dan beliau memaklumkan pada saya yang insiden tersebut bermula pada hari sebelum kejadian, terdapat salah faham antara penguatkuasa dan peniaga.

“Jadi saya nak nasihatkan pegawai kerajaan dan penguatkuasa tidak kira daripada kementerian saya pun, mereka perlu ada kesabaran dan tidak menunjukkan emosi sampai memukul orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan kebakaran sempena sambutan Hari Raya di sini, hari ini.

Dalam video berdurasi 46 saat itu berlaku insiden tegang membabitkan penguatkuasa MPK dan peniaga sehingga menyebabkan kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka.

Sementara itu, pihak MPK menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung insiden pergaduhan melibatkan pegawai Penguatkuasa MPK dan dua peniaga air di Bazar Aidilfitri Jalan Taiping.
Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya telah meneliti rakaman video insiden berkenaan yang tular di laman sosial sejak kelmarin dan mengakui pegawainya bertindak balas namun menegaskan ia berpunca daripada provokasi yang dimulakan oleh peniaga terbabit.

Malah, katanya, peniaga terbabit berniaga tanpa lesen yang sah dan tidak pernah membayar sewa tapak seperti peniaga lain selain telah diberikan amaran dan peringatan oleh penguat kuasa beberapa kali sebelum itu.

“Peniaga berkenaan telah diberikan peringatan untuk berhenti berniaga kerana beroperasi tanpa kebenaran dan lokasi yang tidak dibenarkan. Bukan setakat ingkat dengan arahan, malah telah melakukan provokasi terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas.

“Kekecohan berlaku apabila peniaga menghalang kerja penguat kuasa merampas balang air sehingga berlaku pergelutan.

“Oleh demikian, kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Namun MPK juga akan memanggil anggota terlibat untuk penjelasan dan siasatan dalaman,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Bangunan MPK, semalam.