Lebih 40 AJK Umno letak jawatan, dah agak dah ini puncanya!

Lebih 40 AJK Umno letak jawatan, dah agak dah ini puncanya! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lebih 40 AJK Umno letak jawatan, dah agak dah ini puncanya!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lebih 40 AJK Umno letak jawatan, dah agak dah ini puncanya!
Link Artikel/Video : Lebih 40 AJK Umno letak jawatan, dah agak dah ini puncanya!

Baca juga


Lebih 40 AJK Umno letak jawatan, dah agak dah ini puncanya!

SUNGAI PETANI - Lebih 40 ahli jawatankuasa sayap parti Umno Sungai Petani diketuai Naib Ketuanya, Muhamad Effendi Mashum melepaskan jawatan yang dimenangi berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Muhamad Effendi, keputusan itu dibuat atas alasan ketidakwajaran kepimpinan bahagian yang baharu diberi mandat.

Beliau yang mengetuai barisan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri menjelaskan keputusan meletak jawatan adalah dibuat secara telus dan teliti tanpa dipengaruhi atau desakan mana-mana pihak.

Menurutnya, keputusan itu diambil sebulat suara setelah perbincangan dibuat antara semua yang terlibat.

"Berdasarkan keputusan yang diperolehi, selepas perbincangan serius dan penilaian terbaik dilakukan, saya selaku Naib Ketua Umno Bahagian bersama-sama Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri serta ahli jawatankuasa melepaskan jawatan disandang serta-merta,"katanya pada sidang media tergempar lewat petang tadi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan hanya dua pertiga daripada jumlah ahli jawatankuasa sayap turut serta membuat tindakan sama menjadikan jumlah keseluruhan yang melepaskan jawatan ialah melebihi 40 orang.

Antara pemimpin lain termasuklah Ketua Wanita, Wan Mohalina Wan Mohamad, Ketua Pemuda, Mohd Rahmat Darus dan Ketua Puteri, Mashitoh Mohamad Yusoff.

Bagaimanapun, kesemua mereka mengakui terus setia serta mahu memperjuangkan Umno sebagai ahli biasa.

Difahamkan, perletakan jawatan secara rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Terdahulu, pada pemilihan Umno bahagian itu bagi penggal 2018 hingga 2021, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff yang juga merupakan kakak kepada Mashitoh dipilih sebagai Ketua Bahagian yang baharu mengalahkan penyandangnya, Datuk Abd Rahim Saad.

Manakala jawatan Timbalan Ketua dimenangi Mohd Rodhi Rejab.

Sumber SH